awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan individu ambil gambar tular kereta didakwa halang lalu lintas

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
06/03/2023
20:40 MYT
Polis kesan individu ambil gambar tular kereta didakwa halang lalu lintas
Gambar yang tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta didakwa menghalang lalu lintas di sebuah kawasan rekreasi di Ipoh.
IPOH: Polis sedang mengesan individu yang mengambil gambar sebuah kereta jenis Proton Saga didakwa menghalang lalu lintas di Persiaran Brash, dekat sini yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan hantaran berkenaan selepas ia dimuat naik menerusi akaun Twitter ‘Dis @Tfsgxy_’.
Katanya usaha pihak polis bagi mengesan individu yang mengambil gambar berkenaan adalah bagi mengesan pemilik kereta tersebut.
“Kejadian tersebut disyaki berlaku di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo.
“Kini, pihak polis sedang mengesan individu yang merakam gambar tersebut untuk membantu mengenal pasti pemilik kereta terbabit.
“Dengan ini, pihak polis ingin menyeru kepada individu yang merakam gambar tersebut pada masa kejadian supaya berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh DSP Koo Boon Kuat, di talian 016-4173222 untuk membantu siasatan lanjut pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada masa sama, Yahaya meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu sehingga menjejaskan siasatan mahupun reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebelum ini tular di media sosial dua gambar yang memaparkan sebuah kereta didakwa telah menghalang lalu lintas di sebuah kawasan rekreasi di Ipoh.
Dalam gambar berkenaan turut dipaparkan sehelai ‘vest’ yang tertulis perkataan ‘POLIS’ telah diletakkan pada papan pemuka kenderaan terbabit.
Topic Berkaitan
#kenderaan halang lalu lintas
#Padang Polo Ipoh
#Gambar tular
#polis ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan