awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir: Pasangan Itali berjaya dikeluarkan dari Taman Negeri Endau Rompin
Warga emas maut dilanggar kereta terbabas laluan bertentangan
Reman tiga lelaki warga asing terbabit sindiket dadah antarabangsa disambung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan individu 'prank' mahu cederakan orang awam

Sinar Harian
Sinar Harian
16/10/2021
22:45 MYT
Polis kesan individu 'prank' mahu cederakan orang awam
Lelaki berkenaan mengacah untuk memukul orang awam yang menaiki eskalator. -Foto viral
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sedang mengesan individu yang terlibat dalam sebuah video tular berdurasi 29 saat memaparkan seorang lelaki mahu mencederakan orang awam di sebuah pusat beli-belah di sini.
Klip video berkenaan memaparkan seorang lelaki mengacah untuk memukul beberapa orang awam yang sedang menaiki eskalator.
Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya mengesan video berkenaan menerusi sebuah akaun halaman di Facebook sekitar jam 6.30 petang pada Jumaat.
"Tarikh dan masa kejadian sebenar video ini dirakamkan tidak dapat dipastikan buat masa ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan itu, beliau memohon saksi atau individu terlibat untuk tampil membantu siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi.
"Sebarang pelanggaran yang menyalahi peruntukan undang-undang boleh dikenakan tindakan. Sebarang maklumat boleh disalurkan menerus hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#prank
#video tular
#eskalator
#acah untuk memukul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan