awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
Op Samseng Jalanan, 157 penunggang motosikal ditahan di Dungun
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh sumbat dalam bagasi

Bernama
Bernama
28/10/2025
04:45 MYT
Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh sumbat dalam bagasi
Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat lelaki yang disumbat dalam sebuah bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar. - Gambar fail
BUTTERWORTH: Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kejadian bunuh seorang lelaki yang disumbat dalam sebuah bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh di sini, 9 Okt lepas.

Ringkasan AI
  • Polis sedang mengesan Ong Wei Hai, 41 tahun, bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan mayat lelaki yang disumbat dalam bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh pada 9 Oktober.
  • Empat individu telah ditahan di Pulau Pinang dan Perak untuk siasatan, manakala mangsa dikenal pasti sebagai Lee Boon Han, 31 tahun, yang dilaporkan hilang sehari sebelum kejadian.
  • Orang ramai diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi ASP Norhaslinda Rahmat di talian 04-576 2222 (samb. 2275) atau balai polis terdekat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata lelaki dikenali sebagai Ong Wei Hao, 41, itu beralamat terakhir di A-7-07, Villa Tanjung, Jalan Villa Tanjung di Butterworth.
"Pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu atau kes tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Norhaslinda Rahmat di talian 04-576 2222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
Pada 22 Okt lepas, polis menahan dua lelaki dan dua wanita yang berusia 24 hingga 42 tahun secara berasingan di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Perak bagi membantu siasatan kes itu.
Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat lelaki yang disumbat dalam sebuah bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar dan identiti mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Lee Boon Han, 31, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 8 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat dalam bagasi
#Polis Seberang Perai Utara
#Permatang Pauh
#bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan