awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Terengganu keluar 2,351 saman dalam Op Khas Motosikal sepanjang Januari
FitsAir akan tambah penerbangan ke Malaysia empat kali seminggu menjelang akhir Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan lelaki khianat kereta guna besi di George Town

Bernama
Bernama
12/07/2025
07:29 MYT
Polis kesan lelaki khianat kereta guna besi di George Town
Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang disyaki memukul pintu belakang sebuah kereta dengan besi selepas berlaku pelanggaran di Jalan Lebuh Pantai, Pulau Pinang. -Foto video tular
GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kejadian khianat kereta atas jalan raya dengan menggunakan sebatang besi di Jalan Lebuh Pantai, di sini, yang videonya turut tular di media sosial.

Ringkasan AI
  • Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang disyaki memukul pintu belakang sebuah kereta dengan besi selepas berlaku pelanggaran di Jalan Lebuh Pantai, Pulau Pinang.
  • Kejadian berlaku pada 4 petang dan dilaporkan oleh mangsa berumur 25 tahun pada malam yang sama; kerugian dianggarkan hampir RM3,000.
  • Identiti suspek telah dikenal pasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun pada 7.55 malam tadi, mengenai kejadian tersebut.
"Kejadian itu berlaku pada 4 petang, semalam ketika pengadu memandu kereta di Jalan Lebuh Pantai, di sini dan keretanya telah dilanggar oleh sebuah kereta jenis Perodua Myvi, yang dinaiki oleh seorang lelaki tempatan (suspek).
"Suspek telah keluar dari kereta dan mengambil sebatang besi lalu memukul pada bahagian pintu belakang kereta pengadu.
"Akibat perbuatan tersebut, pengadu mengalami kerugian hampir RM3,000 atas kerosakan pada kereta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Lee memaklumkan identiti suspek telah dikenal pasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pukul pintu belakang kereta
#khianat kereta guna besi
#Jalan Lebuh Pantai
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan