awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pelajar lelaki 16 tahun pukul pelajar junior di Kluang

Bernama
Bernama
16/12/2021
15:37 MYT
Polis kesan pelajar lelaki 16 tahun pukul pelajar junior di Kluang
Polis sedang mengesan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun selepas dipercayai membuli seorang pelajar lain berusia 15 tahun, sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital di daerah Kluang, pada 9 Dis lepas. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun selepas dipercayai membuli seorang pelajar lain berusia 15 tahun, sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital di daerah Kluang, pada 9 Dis lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang DSP Abdul Razak Abdullah berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada pukul 6.18 petang semalam, mendakwa dipukul seorang pelajar 'senior' dari sekolah yang sama.
Beliau berkata pelajar berkenaan yang mengalami trauma dan sakit di bahagian dada, sebelum ini menerima rawatan di hospital sebagai pesakit luar.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pelajar senior tersebut tidak berpuas hati dengan sikap mangsa, sekali gus menyebabkan pelajar junior itu dibuli," katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata Bahagian Siasatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang akan mengambil tindakan susulan.
Abdul Razak berkata pihaknya mengambil serius kes-kes jenayah melibatkan pelajar sekolah dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buli
#Kluang
#Polis Daerah Kluang
#rawatan hospital
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
#pukul pelajar junior
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan