BUTTERWORTH: Kehadiran luar jangka orang ramai ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi di sini, menyebabkan berlaku kesesakan sehingga ada yang dikesan mengabaikan penjarakan fizikal.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, insiden itu berlaku semasa Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) membabitkan golongan penjaja.
Noorzainy berkata sebaik mendapat aduan, beliau telah mengarahkan anggota dari Balai Polis Butterworth bersama polis bantuan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengawal kesesakan berkenaan.
"Tindakan telah diambil oleh anggota bertugas dan kita sudah memberi arahan supaya penjaja beratur dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan patuh pada SOP yang ditetapkan.
"Difahamkan program ini akan berlangsung sehingga esok dan kita menasihati penjaja yang terlibat dapat merancang kehadiran terlebih dahulu supaya dapat mengelak kesesakan.
"Kita harap mereka boleh mematuhi arahan yang dikeluarkan petugas-petugas di PPV dan kita tidak mahu kejadian seumpama ini berulang," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Terdahulu tular di media sosial kesesakan yang berlaku di PPV berkenaan apabila terdapat ramai penjaja beratur untuk mendapat suntikan vaksin dalam program berkenaan.
Dalam pada itu, Noorzainy berkata, polis menasihati orang awam supaya tidak lagi menularkan kejadian yang boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan masyarakat setempat.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Sep 01 2021
Insiden itu berlaku semasa Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) membabitkan golongan penjaja. - Gambar/ PDRM
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
MOVAK mudahkan warga emas, pesakit komorbid terima vaksin
Kebanyakan penerima vaksin di bawah MOVAK berpuas hati dengan proses pemberian suntikan dos pertama yang dilaksanakan di Dewan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dekat Teluk Bahang.
PPV bergerak guna 25 bas khas diperluas ke seluruh Semenanjung
Unit Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak menggunakan 25 bas khas akan diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia secara berperingkat menerusi program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK).
200,000 penduduk PPR Selangor bakal terima vaksin menerusi program MOVAK
Kira-kira 200,000 penduduk PPR dan perumahan kos rendah di Selangor bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi program MOVAK dalam masa terdekat.
KPN lancar MOVAK untuk percepat pemberian vaksin di pinggir dan luar bandar
MOVAK dilaksana dengan tiga unit gerak kerja dengan fungsi berbeza.