awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pemandu Axia lawan arus

Sinar Harian
Sinar Harian
30/05/2022
23:00 MYT
Polis kesan pemandu Axia lawan arus
Polis sedang mengesan pemandu sebuah Perodua Viva yang didapati memandu secara melawan arus menerusi rakaman video tular pada Isnin. -Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Pemandu sebuah Perodua Axia dikesan polis selepas tindakannya memandu secara melawan arus di Jalan SS 4 di sini tular menerusi rakaman video pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video yang dipercayai diambil daripada kamera papan pemuka sebuah kenderaan di lokasi kejadian dikesan tular di media sosial kira-kira jam 9.30 pagi.
"Pemandu kenderaan jenis Perodua Axia itu dikesan dan diminta tampil untuk siasatan berkaitan kejadian tersebut.
"Selain itu, pihak polis turut memohon pemilik rakaman video berkenaan agar turut tampil ke IPD Petaling Jaya untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang terlibat dalam kejadian tersebut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Petaling Jaya Sarjan Mohd Rohaize Abd Aziz di talian 017-3399415," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lawan arus
#Jalan SS 4
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
#IPD Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan