awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan

Intan Shanim Sulaiman
Intan Shanim Sulaiman
03/01/2025
11:55 MYT
Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Jelas ACP Shahrulnizam Ja’afar, pemandu lelaki itu telah membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar fail/PDRM
Petaling Jaya: Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Polis, Shahrulnizam Ja’afar berkata, kejadian itu berlaku pada Rabu lalu, kira-kira jam 3.30 petang di Jalan 222, Petaling Jaya, Selangor.
“Siasatan awal mendapati kereta jenis Proton S70 telah membelok ke kiri secara tiba-tiba dan melanggar sebuah motosikal.
“Pemandu lelaki itu telah dikesan dan telah membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum denda antara 5 hingga 10 ribu ringgit atau boleh dipenjara tidak lebih 12bulan.
Semalam, tular sebuah video di laman Threads yang memaparkan sebuah kereta Proton S70 yang melanggar sebuah motorsikal berdekatan simpang lampu isyarat susur keluar Lebuhraya Federal, Petaling Jaya.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#motosikal
#Petaling Jaya
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan