MALAYSIA
Polis kesan pemilik tiga kereta halang laluan di lebuh raya

Tiga kenderaan yang dikesan menghalang laluan di Lebuh raya PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi. -Foto Sinar Harian
REMBAU: Polis sedang mengesan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi yang videonya tular di media sosial pada Rabu.
Ringkasan AI
- Polis sedang mengesan pemilik tiga kenderaan yang menghalang laluan di Lebuhraya PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi, disiasat di bawah Seksyen 279, 341 Kanun Keseksaan dan Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Kesalahan termasuk memandu secara cuai, menghalang laluan awam, dan menyusahkan pengguna jalan raya, dengan hukuman penjara, denda, dan penggantungan lesen jika sabit kesalahan.
- Polis menegaskan tindakan ini membahayakan keselamatan pengguna lebuh raya dan meminta orang awam tampil membantu siasatan.
"Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
“Selain itu, turut disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana menghalang laluan orang awam yang membawa hukuman penjara sehingga satu bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali," katanya menerusi kenyataan.
Katanya, bagi Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 pula memperuntukkan hukuman denda minimum RM1,000 dan maksimum RM5,000 serta boleh digantung lesen memandu sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan kerana mengendalikan kenderaan dengan cara menyusahkan pengguna jalan raya.
Hasani berkata, pihak polis memandang serius sebarang tindakan yang mengganggu kelancaran trafik.
"Ia mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain terutamanya di lebuh raya yang mempunyai aliran trafik berkelajuan tinggi.
"Tindakan sedemikian bukan sahaja melanggar undang-undang, malah berpotensi menyebabkan kemalangan maut," katanya.
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Noor Fathiah Ak'Dilah Ishak di talian 010-5825384 atau Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim di talian 019-7992519, atau menghubungi terus Bilik Gerakan IPD Rembau di 06-6851999. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami