awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan penunggang motosikal langgar murid ketika melintas di hadapan sekolah

Bernama
Bernama
02/10/2025
15:15 MYT
Polis kesan penunggang motosikal langgar murid ketika melintas di hadapan sekolah
Polis sedang giat mengesan penunggang motosikal yang dipercayai melanggar seorang murid perempuan ketika melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pauh, selepas video kejadian itu tular di media sosial.
BUKIT MERTAJAM: Polis sedang giat mengesan penunggang motosikal yang dipercayai melanggar seorang murid perempuan ketika melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pauh, di sini, selepas video kejadian itu tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan awal mendapati ia berlaku pada 30 Sept.
"Polis telah mengesan satu video berdurasi 42 saat hari ini, yang dimuat naik pemilik akaun Facebook memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian kemalangan jalan raya di hadapan SK Permatang Pauh.
"Kejadian dipercayai berlaku ketika waktu pulang sekolah melibatkan seorang murid perempuan berusia lapan tahun yang sedang melintas jalan bersama rakannya sebelum dilanggar oleh sebuah motosikal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Helmi berkata akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian buku lali kiri dan telah menerima rawatan.
Beliau berkata polis masih berusaha mengesan penunggang motosikal terbabit dan memohon saksi awam yang mempunyai maklumat, supaya tampil ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT atau menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Ahmad Azrol Md Rejab menerusi talian 019-5429571.
Kes berkenaan disiasat di bawah kesalahan Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati terutama ketika melalui kawasan sekolah dan mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan bersama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#langgar murid
#Polis Daerah Seberang Perai Tengah
#murid lintas jalan
#SK Permatang Pauh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan