awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pihak terlibat video tular, papar aksi berbahaya kanak-kanak

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
24/03/2022
13:46 MYT
Polis kesan pihak terlibat video tular, papar aksi berbahaya kanak-kanak
Terdahulu tular di media sosial Facebook sebuah video yang berdurasi satu 1:02 minit, memaparkan tiga kanak-kanak melakukan aksi berbahaya dengan mengeluarkan kepala daripada sebuah kereta yang sedang bergerak.- Sumber foto Pembaca AWANI
IPOH: Polis Perak sedang mengesan pihak yang terlibat dalam satu video tular di media sosial yang memaparkan tiga kanak-kanak mengeluarkan kepala daripada sebuah kereta yang sedang bergerak.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kejadian disyaki berlaku di Jalan Tambun dekat sini namun tarikh dan masa sebenar kejadian masih belum dikenal pasti.
“Dalam perkara ini, Polis Daerah Ipoh telah terima satu laporan polis mengenai kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri Orang lain) dan Seksyen 31 (1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 (mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal).
“Kini, pihak polis sedang mengesan individu-individu yang terlibat di dalam kes tersebut.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut, bolehlah berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Yap Siew Cheng di talian 012-9093362 untuk membantu siasatan Polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Terdahulu tular di media sosial Facebook sebuah video yang berdurasi satu 1:02 minit, memaparkan tiga kanak-kanak melakukan aksi berbahaya dengan mengeluarkan kepala daripada sebuah kereta yang sedang bergerak.
Topic Berkaitan
#polis perak
#video tular di media sosial
#Mior Faridalathrash Wahid
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan