awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan remaja perempuan hilang sejak 27 Jun

Bernama
Bernama
15/07/2024
12:31 MYT
Polis kesan remaja perempuan hilang sejak 27 Jun
Amran berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Fiffy Arnatasya Abdullah, kira-kira 1 pagi, 28 Jun lepas. - Gambar Sinar Harian
KUALA PILAH: Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di daerah ini sejak 18 hari lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Fiffy Arnatasya Abdullah, kira-kira 1 pagi, 28 Jun lepas.
Beliau berkata remaja itu dilaporkan kali terakhir dilihat di Kampung Terusan, Juasseh pada 27 Jun.
"Berdasarkan siasatan awal, kehilangan itu merupakan kali kedua namun pada kehilangan pertama, ahli keluarga remaja berkenaan dapat menemukan dan membawa remaja itu pulang ke rumah.
"Kali ini remaja itu tidak pulang ke rumah sehingga hari ini, difahamkan dia juga tidak bersekolah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Fiffy Arnatasya berkulit kuning langsat, berketinggian kira-kira 150 sentimeter, berat sekitar 45 kilogram dan berambut warna separuh perang, lurus dan panjang separas bahu.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menerusi talian 06-484 2222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#siasatan awal
#Remaja perempuan
#balai polis
#ahli keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan