awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan saksi, bukti kes tembak di Kapar

Sinar Harian
Sinar Harian
31/08/2023
07:18 MYT
Polis kesan saksi, bukti kes tembak di Kapar
Situasi di lokasi kejadian tembak yang berlaku di Taman Intan, Kapar, pada Rabu. -Foto Sinar Harian
KLANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha mengesan beberapa saksi berlaku kejadian tembak di Taman Intan, Kapar, dekat sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima satu aduan kejadian tembak terhadap seorang lelaki warga tempatan.
Sehubungan itu kata beliau, selain mengesan beberapa saksi bebas di lokasi kejadian, polis juga mengumpul bukti dan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek terlibat.
"Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara telah berada di lokasi kejadian jam 10.35 malam bagi melakukan siasatan di hadapan rumah kedai dua tingkat.
"Hasil siasatan awal mendapati saksi awam mendengar bunyi beberapa das tembakan dan terdapat kemalangan kecil jalan raya di sekitar lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, S Vijaya berkata, mangsa merupakan seorang lelaki yang berusia lingkungan 36 tahun.
Beliau berkata, lelaki tersebut mempunyai sebanyak 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta jenayah kekerasan.
Sehubungan itu menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan kepada IPD Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kejadian tembak
#Taman Intan
#rumah kedai dua tingkat
#kapar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan