awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan taktik tipu pelaburan 'patuh syariah' guna gambar individu ternama

Bernama
Bernama
24/06/2023
11:54 MYT
Polis kesan taktik tipu pelaburan 'patuh syariah' guna gambar individu ternama
Noorsiah berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan polis daripada beberapa individu ternama berkenaan penyalahgunaan gambar mereka oleh skim pelaburan itu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengesan aktiviti penipuan pelaburan saham "Islamik" dan "patuh syariah" yang diiklankan menerusi platform media sosial menggunakan gambar individu ternama.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata sepanjang 2020 hingga Mei lepas, sebanyak 186 kes disiasat berkaitan skim penipuan pelaburan "patuh syariah" yang membabitkan jumlah kerugian keseluruhan RM5,411,571.61.
Menurutnya, skim itu menawarkan keuntungan hingga 50 kali ganda daripada nilai wang yang dilaburkan serta keuntungan juga didakwa akan dibayar seawal tiga jam selepas pelaburan dibuat.
"Lebih membimbangkan, paparan iklan itu turut menggunakan gambar individu-individu ternama termasuklah ahli politik, agamawan, selebriti, tokoh korporat dan pempengaruh media sosial dipercayai dengan tujuan untuk menarik perhatian pelabur.
"Siasatan mendapati individu terbabit tidak terlibat dengan skim pelaburan berkenaan dan tidak pernah memberikan kebenaran untuk gambar mereka digunakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noorsiah berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan polis daripada beberapa individu ternama berkenaan penyalahgunaan gambar mereka oleh skim pelaburan itu.
Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak sesekali terpengaruh dengan skim pelaburan yang menawarkan keuntungan yang terlalu lumayan serta melakukan semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.
"Dapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti portal semak mule, alert list Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#pelaburan saham
#patuh syariah
#Noorsiah Saaduddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan