awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan wanita pakai gelang merah jambu di Chemor

Bernama
Bernama
09/06/2021
20:00 MYT
Polis kesan wanita pakai gelang merah jambu di Chemor
Siasatan lanjut sedang dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada Selasa. -Gambar hiasan/ Bernama
IPOH: Polis sedang mengesan seorang wanita menunggang motosikal dengan dipercayai memakai gelang individu dalam pengawasan (PUS) COVID-19 di kawasan Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, di sini baru-baru ini seperti video yang tular dalam laman sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Lee Swee Sake berkata siasatan lanjut sedang dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada Selasa.
"Polis akan mengeluarkan kompaun sekiranya didapati wanita itu benar-benar melakukan kesalahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Rabu.
Beliau berkata wanita itu dipercayai menunggang kenderaan itu untuk membeli barang keperluan di sebuah kedai runcit dan polis sedang berusaha mengesannya menerusi penelitian rakaman video itu.
Video berdurasi sembilan saat itu tular menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan seorang wanita menunggang motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam, yang dirakam orang awam selepas melihat perbuatan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita
#Gelang merah jambu
#pink
#menunggang motosikal
#Chemor
#viral
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan