awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kinabatangan tahan lelaki disyaki bunuh isteri

Bernama
Bernama
28/10/2018
09:56 MYT
Polis Kinabatangan tahan lelaki disyaki bunuh isteri
Mangsa ditemukan terbaring di ruang tamu rumah pekerja dengan kesan beberapa tetakan di muka, kepala serta putus tiga jari kanan. - Foto PDRM
Polis telah menahan seorang lelaki berusia 30an yang disyaki menetak isterinya yang berumur 27 tahun hingga mati di Perumahan Pekerja Ladang Pintasan 5B dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A.Sahak Rahmat berkata dalam kejadian malam tadi, beberapa anggota pengawal keselamatan ladang dikatakan mengejar lelaki berkenaan sehingga ke sungai berhampiran, namun penganggur itu dapat meloloskan diri, dan hanya ditangkap hari ini.
"Siasatan awal mendapati pada awalnya jiran pasangan itu mendakwa hanya melihat lelaki itu berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang di tangannya kira-kira pukul 8.00 malam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Sadis! Suami tetak isteri hingga mati, cebisan jari ditemui di dapur
Katanya pasangan suami isteri warga Indonesia itu didapati tidak mempunyi dokumen pengenalan diri, dan si isteri yang bekerja sebagai pemungut biji kelapa sawit di ladang, ditemukan terbaring di ruang tamu rumah pekerja dengan kesan beberapa tetakan di muka, kepala serta putus tiga jari kanan.
A.Sahak berkata kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham antara mereka dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#Indonesia
#keselamatan
#Kinabatangan
#lelaki
#mati
#polis
#rumah
#siasatan
#tetak isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan