KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan menjalankan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain secara besar-besaran selama sebulan mulai 1 Julai ini, bagi membendung pelbagai kesalahan jalan raya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melaksanakan operasi tersebut.
"Operasi ini akan melibatkan kekuatan kira-kira 1,000 orang terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Kuala Lumpur serta dibantu oleh agensi tersebut dalam menjalankan tugas operasi dengan memberikan perhatian terhadap kesalahan-kesalahan di bawah akta agensi itu sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur bersama agensi penguat kuasa lain di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut Mohd Shuhaily, tujuh jenis pelanggaran peraturan trafik yang akan ditekankan semasa operasi berkenaan melibatkan Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Plat Kenderaan, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.
"Selain itu, polis akan membuat risikan untuk tangkapan serta semakan rekod jenayah selain mengambil tindakan dengan membuat pemeriksaan ke atas bengkel-bengkel kenderaan yang melakukan pengubahsuaian kenderaan menyalahi undang-undang dan mengesan kenderaan curi.
"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur juga akan bersama-sama mengambil tindakan sekiranya berlaku salah laku penyalahgunaan dadah sepanjang operasi itu dijalankan," katanya.
Beliau berkata operasi berkenaan merupakan langkah pencegahan awal sebelum ia menjadi tidak terkawal dan mengelak daripada berlaku perkara tidak diingini kerana polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan jenayah serta melakukan kesalahan jalan raya.
"Operasi ini bersifat untuk mendisiplin, mendidik dan menasihati serta memastikan semua pengguna kenderaan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta peraturan-peraturan di bawah agensi penguatkuasaan terbabit," katanya.
Sebagai rekod, sebanyak 895 kertas siasatan trafik dibuka bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini dengan jenis kesalahan tertinggi adalah halangan iaitu meletakkan kenderaan di kawasan dilarang atau menghalang lalu lintas dengan 311 kes; diikuti lumba haram (180 kes) dan langgar lampu merah (167 kes).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
Mohd Shuhaily berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan bekerjasama dengan JPJ, DBKL dan JAS untuk melaksanakan operasi tersebut. - Gambar/ Bernama
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Operasi susulan banteras warga asing akan dilaksanakan - Ketua Polis KL
Satu operasi susulan menggempur pendatang tanpa izin akan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.
Langkah Dubai: Polis KL terima 13 laporan hari ini - Allaudeen
Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini menerima 13 laporan berhubung gerakan 'Langkah Dubai' yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis KL lupus dadah bernilai RM8.89 juta
Polis akan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM8.89 juta yang dirampas sekitar ibu negara dari 2001 hingga 2021, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.
44 pegawai polis KL dinaikkan pangkat DSP, ASP
Seramai 44 pegawai polis Kuala Lumpur dinaikkan pangkat sebagai pegawai kanan, bagi mengiktiraf usaha dan sumbangan mereka dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Polis KL asah kemahiran hadapi banjir kilat
Tujuan latihan ini adalah untuk menjalankan tugas kecemasan penyelamatan di air sewaktu bencana dengan memberi pendedahan berkaitan pengendalian bot secara teratur untuk misi menyelamat mangsa.
Sindiket penipuan tawaran kerja melalui e-dagang tumpas, 20 ditahan
Polis menumpas satu sindiket penipuan tawaran kerja melalui platform e-dagang dengan penahanan 20 individu dalam serbuan di tiga premis di sekitar ibu kota Isnin lepas.
Geng gagak hitam aktif menyamun ditembak mati
Polis giat memburu dua lelaki warga asing dipercayai rakan subahat kepada geng warga Afrika yang ditembak mati dekat Ampang, di sini semalam.
Op Cantas Khas Vulture untuk banteras ah long
Hasil operasi itu polis berjaya mengenalpasti 231 nombor telefon yang digunakan sindiket pemberi pinjaman wang haram.
Bungkusan di Leboh Pasar, KLCC bukan bom
Ketua Polis KL Datuk Mohmad Salleh mengesahkan bahawan dua bungkusan di Leboh Pasar dan KLCC bukan bom seperti yang dilaporkan.