awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Klang Selatan lakukan 9 serbuan berkaitan judi haram sejak 1 Dis

Bernama
Bernama
06/12/2021
21:00 MYT
Polis Klang Selatan lakukan 9 serbuan berkaitan judi haram sejak 1 Dis
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong (dua, kanan) semasa sidang media di lokasi serbuan sebuah pusat judi atas talian di Bandar Puteri Klang pada Isnin. - Foto BERNAMA
KLANG: Polis Klang Selatan melakukan sembilan serbuan membabitkan aktiviti perjudian haram di sekitar kawasan Klang Selatan sejak 1 Dis hingga Isnin dengan jumlah nilai rampasan RM65,000 serta menahan 25 individu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya sentiasa membuat pemantauan secara berterusan namun masih memerlukan orang awam untuk menjadi mata dan telinga pihak polis bagi membanteras jenayah itu.
Bercakap kepada media selepas serbuan yang kesembilan dilakukan di Bandar Puteri dekat sini, Cha berkata serbuan tersebut merupakan hasil risikan yang dijalankan oleh pihaknya selama dua minggu terhadap premis berkenaan.
"Pihak kami telah menahan lima lelaki yang terdiri daripada seorang penjaga premis dan empat pelanggan berumur lingkungan 27 hingga 60 tahun," katanya.
Beliau berkata polis telah merampas 11 komputer serta wang tunai sebanyak RM200 dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM15,000.
"Menurut rekod, premis ini beroperasi selama sebulan bermula pada awal November hingga hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Klang Selatan
#serbuan
#perjudian haram
#Klang Selatan
#ACP Cha Hoong Fong
#Bandar Puteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan