awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis klasifikasikan kejadian tembak di Melaka sebagai kes bunuh

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
16/12/2025
14:39 MYT
Polis klasifikasikan kejadian tembak di Melaka sebagai kes bunuh
Pihak polis juga menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku dalam proses siasatan dan segala tindakan akan diambil mengikut peruntukan yang ditetapkan.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung insiden tembakan melibatkan tiga lelaki di kawasan Durian Tunggal, Melaka secara telus, berintegriti dan berpandukan undang-undang, bagi memastikan semua pihak mendapat keadilan.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menerusi kenyataan media pada Selasa, juga mengesahkan kejadian itu telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 16 Disember 2025.
Pihak polis turut menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku dalam proses siasatan dan segala tindakan akan diambil mengikut peruntukan ditetapkan.
Hasil penilaian, Jabatan Peguam Negara bersetuju dengan syor PDRM dan mengarahkan agar kes itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan membunuh.
Sebelum ini, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan ahli keluarga seorang suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis dalam insiden berkenaan.
Dalam operasi awal pagi 24 November lalu, ketiga-tiga suspek ditembak mati.
Berdasarkan rekod, mereka terlibat melakukan 20 jenayah membabitkan 20 kes di Melaka, serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor, melibatkan kerugian RM1.3 juta
Insiden berkenaan berlaku selepas salah seorang ahli kumpulan dikenali Geng Durian Tunggal itu menyerang seorang anggota polis dengan parang sehingga menyebabkan tangan kirinya hampir putus.
Suspek berusia 29 tahun mempunyai 39 rekod jenayah lampau manakala rakannya berusia 24 tahun juga ada 12 kesalahan sebelum ini termasuk samun, curi kenderaan, pecah rumah dan dadah.
Topic Berkaitan
#Kes tembak Melaka
#Polis jalankan siasatan dengan telus
#Polis tidak akan berkompromi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan