awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis lepaskan tembakan ke arah kereta dipandu pengedar dadah

Aida Aziz
Aida Aziz
01/06/2022
13:38 MYT
Polis lepaskan tembakan ke arah kereta dipandu pengedar dadah
Polis melepaskan enam das tembakan ke arah tayar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di Ayer Tawar, petang tadi.
MANJUNG: Polis melepaskan enam das tembakan ke arah tayar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di Ayer Tawar, di sini petang tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 61 tahun itu cuba melarikan diri dan merempuh kereta polis.
Katanya lagi, kejadian itu berlaku ketika polis sedang menjalankan rondaan pencegahan jenayah di kawasan berkenaan.
"Suspek bertindak agresif dengan melanggar bahagian hadapan kenderaan polis.
"Akibat tindakan itu pihak berkuasa terpaksa melepaskan enam das tembakan ke arah tayar kereta suspek," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Bagaimanapun menurutnya, kereta suspek berjaya lolos dan anggota polis terpaksa mengejar suspek lebih kurang 800 meter, sebelum berjaya ditahan.
Mior Faridalathrash berkata, hasil pemeriksaan di dalam kereta berkenaan mendapati terdapat 33 paket dadah jenis syabu seberat 62.5 gram.
"Didapati kereta yang dipandu suspek itu ada bersama-sama isteri yang berusia 38 tahun dan seorang anak berusia 2 tahun, mereka turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#pengedar dadah
#tembakan
#Ayer Tawar
#Mior Faridalathrash Wahid
#polis perak
#rempuh kereta polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan