KOTA BHARU: Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah Proton Iswara apabila pemandunya membahayakan nyawa anggota polis yang hendak memeriksa kenderaan disyaki cuba menyeludup petrol itu, di Pos Kampung Pulau Ular, Pengkalan Kubor, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.10 pagi apabila anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, sebelum bertindak mengejarnya.
Beliau berkata suspek yang berhenti di bahu jalan di kawasan lapang berhampiran pos itu secara tiba-tiba mengundurkan kenderaan ke arah anggota yang turun daripada motosikal untuk menghampirinya bagi tujuan pemeriksaan.
"Anggota polis yang terkejut dengan tindakan suspek sempat mengelak dan terus melepaskan satu das tembakan bagi memberhentikannya dan meminimumkan ancaman ke atas nyawa anggota polis yang bertugas. Bagaimanapun suspek terus memecut untuk melarikan diri. Kenderaan itu kemudiannya ditemukan kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Suspek tidak dapat dikesan selepas dipercayai melarikan diri ke arah belukar berhampiran, dan polis menemukan 22 tong plastik berisi minyak petrol di dalam kereta yang ditinggalkan, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.
Mohd Khairi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan membunuh, dan satu kesan tembakan pada rim tayar belakang sebelah kanan kenderaan dikesan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
ACP MOhd Khairi berkata, anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, sebelum mengejarnya. - Facebook Polis Daerah Tumpat
KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Rebut takhta popular, YouTuber maut ditikam pesaing sewaktu bersiaran langsung
Insiden berlaku semasa Joddoltv bersiaran langsung ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah membabitkan dia dan suspek.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Laluan utama Kampung Batu 3 Mambau runtuh selepas hujan lebat
Disebabkan kejadian itu, penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan jauh untuk ke mana-mana.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Bantahan peserta Israel di final pertandingan Eurovision
Kumpulan yang membantah penyertaan Israel dalam Pertandingan nyanyian Eurovision telah dikepung oleh polis di Malmo pada Sabtu sebelum pertandingan itu.
Ahli perniagaan rugi lebih RM100,000 akibat 'phone scam'
Pengadu lelaki tempatan berusia 55 tahun itu memaklumkan kerani syarikat miliknya ditipu oleh sindiket phone scam terbabit.
Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.
Serangan ke atas pemain bola sepak: Polis diminta pertingkat kawalan keselamatan
Polis diminta pertingkat tahap kawalan keselamatan bukan sahaja kepada tiga insiden yang telah berlaku, malah kepada semua yang terlibat.
USJT Bukit Aman siasat kes serangan tiga pemain bola sepak - Mohd Shuhaily
Siasatan dibuat dari semua sudut dan aspek, termasuk jika ia mempunyai kaitan dengan isu tohmahan yang melanda FAM pada bulan lepas.
Insiden hon ketika pengebumian: Kertas siasatan lengkap, tunggu bahagian perundangan
Kertas siasatan kes itu dihantar ke Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah negeri untuk penilaian sebelum tindakan lanjut.
Pamer gambar Agong: Biar polis siasat - Amirudin
Polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kempen PRK KKB, semalam.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Penemuan mayat lelaki di sungai, polis klasifikasi kes bunuh
Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki dipercayai warga asing di sungai berdekatan dengan sebuah stesen minyak di Paroi, di sini pada Sabtu lepas sebagai kes bunuh.
Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis .
Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut Jumat lepas.