awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis lepaskan tembakan selepas suspek curi cuba langgar anggota

Bernama
Bernama
02/02/2021
21:00 MYT
Polis lepaskan tembakan selepas suspek curi cuba langgar anggota
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata, kejadian pada jam 3 petang itu berlaku sewaktu sepasukan polis hendak memeriksa sebuah rumah sewa di situ. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU:Polis terpaksa melepaskan tembakan selepas seorang lelaki yang merupakan suspek kes curi kenderaan cuba melanggar anggotanya, di Perumahan Generasi Belia Felda Sungai Sibol, Bandar Tenggara dekat Kota Tinggi, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata, kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku sewaktu sepasukan polis hendak memeriksa sebuah rumah sewa di situ.
"Polis mendapat maklumat dan hasil risikan untuk mengesan suspek di rumah sewa berkenaan, tetapi malangnya apabila cuba ditanya, suspek cuba melarikan diri dan cuba melanggar anggota dengan kenderaan," kata beliau ketika dihubungi malam tadi.
Hussin berkata berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah bahagian tayar kereta suspek.
"Tiada tembakan balas dilakukan oleh suspek dan tiada kecederaan serius juga dialami oleh suspek ketika diberkas oleh polis," katanya.
Beliau juga menafikan berlaku aksi mengejar suspek, seperti dakwaan netizen yang viral di laman sosial Facebook sejak petang semalam.
Beliau berkata daripada maklumat awal, suspek berkenaan berusia lingkungan 30an dan sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Felda
#Cuba
#Kota Tinggi
#polis
#suspek
#tembakan
#kereta
#siasatan
#Belia
#lelaki
#laman sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan