awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Marin Perak rampas minuman keras lebih RM100,000

Aida Aziz
Aida Aziz
08/01/2020
04:22 MYT
Polis Marin Perak rampas minuman keras lebih RM100,000
Jumlah keseluruhan rampasan minuman keras adalah sebanyak 11,418 tin, dengan nilai RM132,001.19, termasuk nilai cukai. Foto PDRM
Pasukan Polis Marin (PPM), Wilayah 1, Kampung Acheh, Perak merampas sebanyak 11,418 tin dan botol minuman keras tanpa cukai Kastam di Pokok Assam, di sini, pada Selasa.
Menurut Komander PPM Wilayah 1, ACP Rosman Ismail, pada jam 7 malam, sepasukan anggota Unit Risikan Marin Perak mengesan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang mencurigakan dan menahan kenderaan tersebut di Pokok Assam.
"Pemandu kenderaan itu, satu lelaki tempatan, berumur 57 tahun ditahan. Pemeriksaan menyeluruh di dalam kenderaan, pihak polis telah menemukan 600 tin minuman keras pelbagai jenama.
"Ekoran daripada tangkapan pertama serta hasil soal siasat ke atas suspek, pihak polis telah dibawa ke sebuah rumah di Pokok Assam dan rumah suspek di Taman Perak, Taiping.
"Dalam serbuan kedua, pihak polis berjaya menahan seorang lagi lelaki tempatan (suspek kedua) yang mengakui sebagai tuan rumah, berumur 54 tahun yang menyimpan 616 tin botol minuman keras tanpa cukai," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sementara itu katanya, dalam serbuan ketiga di sebuah rumah milik suspek pertama di Taman Perak, pihak polis telah berjaya menemukan 10,202 tin minuman keras tanpa cukai.
Jumlah keseluruhan rampasan minuman keras adalah sebanyak 11,418 tin, dengan nilai RM132,001.19, termasuk nilai cukai.
Dipercayai minuman keras yang ditemui itu adalah untuk dijual di pasaran tempatan.
Rosman berkata, kedua-dua lelaki itu beserta barang rampasan kemudiannya dibawa ke Markas Operasi PPM Kg Acheh bagi tujuan dokumentasi.
Ia diserahkan ke Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
Topic Berkaitan
#cukai
#jenayah
#kastam
#minuman keras
#operasi
#Pasukan Polis Marin
#Pokok Assam
#polis
#rampasan
#Rosman Ismail
#siasatan
#suspek
#Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan