Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarawak berjaya menyelamatkan seekor beruang madu yang dipercayai dipelihara oleh seorang penghuni rumah panjang tanpa permit di RH Kasa, Ijok Spak dekat sini.
Beruang yang turut dikenali sebagai beruang matahari itu dikurung dalam keadaan berantai di dalam kandang konkrit yang diletakkan di bawah rumah panjang.
Taktik itu bagaimanapun berjaya dihidu apabila haiwan berkenaan akhirnya dirampas semasa Ops Khazanah yang dijalankan bersama Sarawak Forestry Corporation (SFC) sekitar jam 5.30 pada Rabu.
Komander PPMW5, ACP Shamsol Kassim dalam satu kenyataan media berkata, haiwan itu dirampas di bawah Seksyen 48(1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.
Ia berikutan pemilik tidak memiliki lesen atau permit untuk menyimpan haiwan berkenaan.
Ia kemudiannya diserahkan kepada pihak SFC untuk tindakan dan siasatan lanjut.
Tambah Shamsol, tiada tangkapan dilakukan kerana tiada seorang pemilik rumah panjang itu yang mengaku memiliki haiwan tersebut semasa operasi dijalankan.
Beruang madu atau nama saintifiknya 'Ursus Malayanus' tidak sesuai dijadikan sebagai haiwan peliharaan dan ia salah di sisi undang-undang.
Ia berikutan haiwan berkenaan merupakan sebahagian daripada haiwan yang dilindungi dan kini berdepan ancaman kepupusan yang teruk akibat pemburuan haram dan kemusnahan habitat spesies itu.
Jika didapati bersalah, pelaku boleh dipenjara setahun dan denda RM10,000.
Mengikut rekod, ia merupakan beruang madu ketiga berjaya diselamatkan oleh SFC selepas dua ekor sebelum ini diselamatkan masing-masing di kawasan perumahan Demak Laut pada 25 September.
Seekor lagi di sebuah rumah kebun berdekatan Kampung Rasau, Serian pada 27 September.
Kedua-dua beruang madu tersebut telah dihantar ke Pusat Hidupan Liar Matang bagi tujuan pemulihan.
Astro Awani
Fri Nov 15 2019
Beruang yang diselamatkan itu diserahkan kepada pihak SFC untuk tindakan dan siasatan lanjut. Astro AWANI
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
Beruang matahari Malaysia terancam susulan China lulus penggunaan hempedu rawat COVID-19
Sarawak Forestry Corporation (SFC) melarang keras pemburuan haram beruang matahari atau hidupan liar lain di negeri itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pemburu yang didapati bersalah.
Polis Marin Sarawak selamatkan beruang madu dipelihara tanpa lesen
Polis Marin Sarawak selamatkan beruang madu dipelihara tanpa lesen yang dirantai dan ditempatkan di dalam kandang konkrit
Padah masak 'rendang beruang'
Gara-gara memuat naik video masak 'rendang beruang, empat lelaki ditahan.