awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam disambut meriah, tarik perhatian pengunjung dan pelancong
PDRM siasat kes lelaki didakwa cedera akibat dipukul polis
SPRM akan panggil beberapa individu bantu siasatan kes dana zakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Marin tumpas 22 kes penyeludupan semasa PKP, PKPB

Bernama
Bernama
31/05/2020
21:49 MYT
Polis Marin tumpas 22 kes penyeludupan semasa PKP, PKPB
Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menahan sebuah bot nelayan semasa rondaan Ops Benting di Sungai Golok sempadan Malaysia-Thailand, Tumpat, 31 Mei, 2020. --fotoBERNAMA
Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menumpaskan 22 kes penyeludupan dengan nilai rampasan RM400,000 semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor ASP Mohd Rudzuan Ahmad berkata kesemua kes melibatkan barangan kawalan dan terlarang seperti ketum.
"Kesemua kes itu cuba dibawa masuk melalui pangkalan haram oleh penyeludup dalam tempoh tersebut dan dua penyeludup telah ditahan.
"Pihak kami mendapati modus operandi diubah ketika PKP bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk mengesan aktiviti penyeludupan itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di perairan negara berhampiran Tumpat sempena Op Benteng pada Ahad.
Beliau berkata taktik penyeludup ketika itu diubah dengan menggunakan bot galah tanpa menghidupkan enjin dan hanya menggunakan pendayung bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.
"Kami sentiasa kumpul maklumat risikan dan adakan penjumpaan dengan agensi penguatkuasa bagi memastikan sempadan perairan negara tidak mudah dibolosi," katanya.
Mohd Rudzuan berkata sepanjang PKP, pihaknya mendapati tiada aktiviti rentas sempadan di perairan negara membabitkan rakyat Malaysia dan Thailand.
"Ia berikutan kerjasama yang erat antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia," katanya.
Beliau berkata menerusi Op Benteng, pihaknya memperkuatkan dua pasukan risikan darat dan dua pasukan bot Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) bagi memantau lokasi panas, laluan tikus dan pangkalan haram di sepanjang sempadan perairan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#barangan kawalan
#barangan terlarang
#bot
#bot galah
#dayung bot
#haram
#ketum
#Mohd Rudzuan Ahmad
#operasi
#pangkalan haram
#Pengkalan Kubor
#penyeludupan
#perairan
#PKPB
#polis
#polis marin
#rakyat Malaysia
#rampasan
#rentas sempadan
#seludup
#Thailand
#Tumpat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan