awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Melaka buka 18 kertas siasatan langgar SOP COVID-19

Bernama
Bernama
24/05/2021
09:35 MYT
Polis Melaka buka 18 kertas siasatan langgar SOP COVID-19
MOHD SUKRI: Ia sama sekali menolak dakwaan menyatakan wujudnya 'double standard' dalam penguatkuasaan. - Gambar fail
MELAKA: Polis Melaka membuka 18 kertas siasatan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 sejak 1 Jan lepas hingga semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata daripada jumlah itu, lima kertas siasatan melibatkan golongan selebriti dan orang kenamaan.
"Polis Melaka menjalankan siasatan secara menyeluruh setelah menerima laporan berkaitan sebarang pelanggaran SOP tanpa mengira kedudukan di bawah Peraturan-Peraturan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
"Ia sama sekali menolak dakwaan menyatakan wujudnya 'double standard' dalam penguatkuasaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan menerusi talian 06-2854156 atau talian utama (06-2851999) atau WhatsApp (012-2244999).
Dalam pada itu, katanya orang ramai termasuk kenamaan dinasihatkan terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan akan diambil di bawah undang-undang yang sedang dikuatkuasakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Melaka
#kertas siasatan
#Pelanggaran SOP
#VIP
#orang kenamaan
#selebriti
#COVID-19
#Double standard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan