MELAKA: Polis Melaka menafikan akan menutup sempadan negeri selama 15 hari sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti ditularkan menerusi media sosial.
Ketua Polis negeri Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata prosedur operasi standard (SOP) yang tular sejak petang Sabtu adalah palsu dengan disunting daripada SOP PRN Sabah sebelum ini dan perkara itu kini disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Polis Melaka masih menunggu SOP berkaitan PRN Melaka daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Orang ramai diminta tidak mudah percaya dengan penularan maklumat tidak sah di media sosial dan diminta menghubungi Bilik Gerakan Polis Melaka jika memerlukan penjelasan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Kenyataan yang tular tersebut antaranya turut menyatakan bahawa penutupan sempadan negeri Melaka dalam tempoh 15 hari bermula sehari sebelum hari penamaan calon sehingga hari mengundi pada 20 Nov 2021 termasuk sekatan jalan raya (SJR) diaktifkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 06 2021
Orang ramai diminta tidak mudah percaya dengan penularan maklumat tidak sah di media sosial, kata Abdul Majid. - Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Adik beradik ditahan tipu pembelian dalam talian babit kerugian RM3.29 juta
Polis Melaka menahan pasangan adik beradik, dipercayai terlibat kegiatan penipuan pembelian dalam talian termasuk penjualan lampin pakai buang kanak-kanak, melibatkan kerugian sebanyak RM3.29 juta.
Banglo jadi stor simpan mercun, minuman keras diserbu
Siasatan di tempat kejadian turut mendapati lebih separuh mercun dan minuman keras yang dirampas dipercayai telah dijual.
PRN Melaka: Muat naik kertas undi, polis buka kertas siasatan
Tindakan berkenaan tidak sepatutnya dilakukan kerana ia jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954).
65 pengunjung, seorang penjaga pusat hiburan dikompaun langgar SOP PPN Fasa 4
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata polis turut mengeluarkan kompaun berjumlah RM10,000 kepada penjaga pusat hiburan berkenaan dalam serbuan kira-kira 1.20 pagi semalam.
PRN Melaka: Polis buka empat kertas siasatan berkaitan berita palsu sejak 4 Okt
Ia termasuk kes penularan berita palsu mengenai SOP PRN Melaka dan penutupan sempadan negeri.
Polis Melaka nafi tutup sempadan negeri sempena PRN
SOP yang tular sejak petang Sabtu adalah palsu dengan disunting daripada SOP PRN Sabah sebelum ini.
PRN Melaka: PDRM nafi ambil tindakan dua darjat - Ketua Polis
Polis akan memperincikan setiap laporan berlandaskan peraturan dan protokol kesihatan sebelum tindakan diambil.
Sindiket cuba rentas negeri guna surat palsu, polis rampas dadah RM7.2 juta
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan surat kebenaran rentas negeri palsu untuk melepasi sekatan jalan raya.
Seorang pegawai IPD Melaka Tengah ditahan terlibat 'Geng Nicky'
Polis Melaka akan memberikan kerjasama penuh kepada polis Johor bagi membantu siasatan lanjut.
Budak lemas dalam tong: Bapa tiri pernah didakwa kes pukul isteri - Polis
Suspek pernah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada 8 September tahun lalu.