Ibu bapa diminta aagar memantau komunikasi anak-anak mereka khusus melalui telefon pintar bagi memastikan anak-anak mereka tidak berhubungan dengan geng kongsi gelap.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata pihak polis menemukan kumpulan WhatsApp yang dinamakan Geng 24, Apache ketika menyiasat kumpulan yang membuat kecoh di hadapan sebuah sekolah di Klang, Selangor pada Khamis lalu.
"Siasatan polis mendapati mereka ada menubuhkan kumpulan WhatsApp untuk berkomunikasi sesama anggota kumpulan mereka, dan polis percaya motif kekecohan di hadapan sekolah itu adalah bertujuan untuk menarik pelajar menganggotai kumpulan berkenaan," katanya kepada pemberita semasa turut melawat Hospital Serdang sempena sambutan Hari Polis Ke-210, hari ini.
Beliau berkata setakat ini pihaknya telah menahan 38 orang yang dipercayai merupakan anggota Geng 24 dan telah membebaskan 33 orang daripadanya yang merupakan pelajar sekolah berusia antara 16 hingga 18 tahun pada Isnin lepas.
Fadzil berkata lima individu yang bekerja sebagai mekanik, pengawal keselamatan, tukang paip dan buruh masih ditahan untuk membantu siasatan.
"Kami masih mengesan semua individu yang terlibat dan ada lagi suspek yang masih dicari untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau berkata polis dalam proses mengambil keterangan daripada ibu bapa pelajar yang ditahan untuk siasatan lanjut.
Pada 20 April lepas, dua video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai anggota Geng 24 menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah di Klang.
Sebuah video itu menunjukkan sekumpulan individu memegang kain rentang yang tertera ''24'' dan ''TD4'' manakala video kedua menunjukkan kek berserta tulisan ''SMK Sri Andalas'', ''24'' dan ''Apache''.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2017
Polis dalam proses mengambil keterangan daripada ibu bapa pelajar yang ditahan untuk siasatan lanjut.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
'Saya hanya dimaklumkan tidak wakili ibu bapa Zayn Rayyan dua hari lalu' - Fahmi
Peguam terdahulu yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memberitahu hanya dimaklumkan tidak lagi mewakili pasangan itu, menerusi kiriman WhatsApp.
Ibu bapa Zayn Rayyan kemuka representasi
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menyemak semula pertuduhan dihadapi mereka.
Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah
Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah
Ibu bapa perlu bimbing anak pilih kerjaya selaras tuntutan masa depan
Sektor seperti semikonduktor, teknologi, kejuruteraan dan bidang STEM lain yang berkembang pesat, menawarkan peluang besar untuk kejayaan kerjaya jangka panjang.
Sokong anak ceburi sukan tanpa menekan - Ibu bapa Nicol
Desmond berkongsi bahawa beliau dan isteri tidak pernah menekan Nicol untuk menyertai sukan secara serius atau untuk menjadi juara.
Op Global: Ibu bapa perlu buktikan pertalian darah bagi tuntut anak-anak - Nancy
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang sedang dalam perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) susulan Op Global perlu mengemukakan bukti pertalian darah bagi menuntut anak-anak mereka.
[KOLUMNIS] Kegagalan murid Tahun 1 kuasai 3M: Punca kuasa yang bermula dari rumah
Penguasaan 3M adalah isu paling utama yang perlu diberikan perhatian sebelum anak melangkah ke Tahun Satu.
Ibu bapa wajib beri pendidikan rendah, gagal boleh dihukum - SUHAKAM
Ibu bapa yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996.
Lelaki didakwa bunuh tiga ahli keluarga, mengaku cederakan anak saudara
Azman Mohamed Nor hanya menunduk faham dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.
Suspek kes bunuh di Pagoh dipercayai lari ke daerah berhampiran
Suspek utama kes bunuh tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini Jumaat lepas, kini diburu polis dan dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave berwarna merah.