Skip to main content

Malaysia

Polis minta saksi kemalangan maut dua penunggang basikal tampil

fotoBERNAMA
Saksi kejadian boleh hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. - Gambar hiasan
Advertisement

KOTA BHARU: Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan maut melibatkan dua penunggang basikal dan sebuah kereta di Kilometer 16.5 Lebuhraya Rakyat di sini, semalam, tampil membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Supt Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff berkata saksi kejadian boleh hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Muhammad Naqiyuddin Sharifuddin di talian 09-7752315.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada Gerakan Kota Bharu melalui Kaunter Aduan Trafik Kota Bharu pada 9.15 pagi semalam berhubung kemalangan melibatkan dua lelaki berusia 48 dan 49 tahun yang sedang menunggang basikal di lorong sebelah kiri dari arah Kota Bharu menghala ke Ketereh.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah Perodua Kelisa dipandu lelaki berusia 22 tahun dari arah dan dipercayai berada di lorong yang sama merempuh bahagian belakang basikal mangsa. Kemalangan berlaku pada 9 pagi.

“Pemandu berkenaan dipercayai tidak nampak atau menyedari kehadiran kedua-dua penunggang basikal dan disebabkan jarak terlalu dekat dia tidak sempat mengelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, dua penunggang basikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dari arah belakang di lebuh raya berkenaan.

--BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement