awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon bantuan kesan Puteri Damia Darwisyah yang hilang sejak Ahad

Bernama
Bernama
30/07/2024
23:30 MYT
Polis mohon bantuan kesan Puteri Damia Darwisyah yang hilang sejak Ahad
Menurut polis, Puteri Damia Darwisyah dipercayai dilihat kali terakhir di USJ 11, Subang Jaya, Selangor, pada 6 petang Ahad, 28 Julai lalu. - Foto Polis Subang Jaya
KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang sejak Ahad.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, remaja itu ialah Puteri Damia Darwisyah Abdullah, yang mempunyai ketinggian 155 sentimeter dengan berat anggaran 60 kilogram dan berkulit sawo matang.
"Puteri Damia Darwisyah dipercayai dilihat kali terakhir di USJ 11, Subang Jaya, Selangor, pada Ahad 6 petang," katanya dalam kenyataan semalam.
Wan Azlan menyeru orang ramai yang menemukan atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan remaja ini, agar menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau 03-78627100.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja hilang
#Puteri Damia Darwisyah Abdullah
#remaja perempuan hilang
#Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan