awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat

Bernama
Bernama
23/09/2024
07:15 MYT
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Ahli keluarga telah cuba mencari Zuzina di sekitar kawasan rumah namun gagal menemukan sebarang petunjuk. - Foto PDRM
GUA MUSANG: Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa dikenali sebagai Zuzina Abine berusia 32 tahun.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan pada 11.15 pagi semalam daripada ahli keluarga mangsa.
"Ahli keluarga telah cuba mencari Zuzina di sekitar kawasan rumah namun gagal menemukan sebarang petunjuk selain turut meminta bantuan penduduk kampung.
"Zuzina berketinggian 152 sentimeter, berat 43 kilogram, tidak berkaca mata, berambut pendek dan kerinting, berkulit hitam manis, bentuk mata bulat, memiliki bibir tebal dan mempunyai kesan parut di bahagian betis sebelah kanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sik memohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-9121222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Sementara itu, kakak kepada Zuzina iaitu Timah Ason, 37, berkata pada hari kejadian adiknya yang menghidap penyakit sawan keluar rumah pada 7 pagi tanpa disedari ahli keluarga serta kali terakhir dilihat memakai baju kemeja-T berwarna hitam dan berkain batik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis mohon bantuan
#wanita Orang Asli
#Zuzina Abine
#hilang
#Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan