awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon kesan remaja perempuan hilang sejak 21 April

Bernama
Bernama
28/04/2025
12:30 MYT
Polis mohon kesan remaja perempuan hilang sejak 21 April
Nur Darwisyah Aina dilaporkan hilang sejak 21 April dengan kali terakhir dilihat di hadapan bangunan MSN Perak. - Gambar Bernama
IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak 21 April, dengan kali terakhir dilihat di hadapan bangunan Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata laporan kehilangan Nur Darwisyah Aina Mohamad Farid, dibuat oleh bapanya kira-kira 9.46 pagi hari sama di Balai Polis Sungai Senam.
Beliau berkata bapa remaja itu menyedari kehilangan tersebut kira-kira 6.30 petang 20 April, apabila pengadu mahu mengambil anaknya selepas tamat sesi latihan sukan Judo di MSN Perak.
"Siasatan awal mendapati pengadu telah menghantar anaknya ke asrama sukan MSN bagi tujuan latihan dan perlu menjalani latihan selama dua hari 18 hingga 20 April.
"Pada sebelah petang 20 April sekitar 6.30 petang ketika pengadu mahu mengambil anaknya, didapati anaknya tiada di asrama terbabit selain telefon bimbit dimatikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abang Zainal Abidin berkata pengadu telah mencari di sekitar Ipoh, tetapi gagal menemukan anak perempuannya dan memaklumkan bahawa remaja terbabit mempunyai ciri fizikal iaitu berkulit cerah dan berkaca mata.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh menerusi talian 05-2451500.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Telefon bimbit
#asrama sukan
#sesi latihan
#Remaja perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan