awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' direman, 15 lagi dalam buruan - KPN
PN kekal bersama empat parti, tiada isu kerjasama - Takiyuddin
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon sambung reman suspek bunuh

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2022
20:20 MYT
Polis mohon sambung reman suspek bunuh
Polis akan membuat permohonan di Mahkamah Seremban pada Ahad bagi menyambung reman seorang lelaki warga Pakistan iaitu suspek kes bunuh rakan serumahnya di Taman Happy, di sini. -Gambar fail/PDRM
PORT DICKSON: Polis akan membuat permohonan di Mahkamah Seremban pada Ahad bagi menyambung reman seorang lelaki warga Pakistan iaitu suspek kes bunuh rakan serumahnya di Taman Happy, di sini.
Ketua Polis daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, sebelum ini lelaki berusia 25 tahun itu telah direman selama tujuh hari bermula Isnin lepas.
"Kita akan buat permohonan sambung reman pada jam 10.30 pagi, Ahad di mahkamah bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga India maut dipercayai ditikam oleh rakan serumahnya dalam pergaduhan di sebuah rumah di Taman Happy, Jalan Pantai Batu 1, di sini pada awal pagi Isnin.
BACA: Mengaku suka adik rakan serumah, lelaki maut ditikam
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 2.30 pagi dan menangkap seorang lelaki warga Pakistan yang juga rakan sekerja mangsa di hadapan rumah tersebut kira-kira jam 2.35 pagi.
Siasatan awal polis mendapati, pada jam 12.30 tengah malam mangsa yang berusia 22 tahun bersama suspek menikmati minuman keras di dalam bilik suspek di bahagian atas rumah.
Selepas itu, berlaku pertengkaran mulut sehingga mangsa ditikam dengan sebilah pisau dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian iaitu di bahagian dapur di tingkat bawah rumah.
Pegawai Perubatan dari Hospital Port Dickson mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam 1.50 pagi.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mahkamah seremban
#suspek kes bunuh rakan serumah
#taman happy
#sambung reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan