awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi anggota URB punca kemalangan dua motosikal

Sinar Harian
Sinar Harian
16/10/2022
03:10 MYT
Polis nafi anggota URB punca kemalangan dua motosikal
Tangkap layar video yang tular mengenai kemalangan dua buah motosikal di Jalan Perusahaan Lokan pada Rabu.
BUTTERWORTH: Polis menafikan kemalangan dua buah motosikal yang berlaku di Jalan Perusahaan Lokan di sini sepertimana tular di media sosial disebabkan dikejar polis dari unit ronda bermotosikal (URB).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada jam 5.20 petang Rabu lalu.
Menurutnya, tidak berlaku aksi mengejar oleh anggota URB terhadap salah seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kemalangan.
"Ketika kejadian anggota URB sedang melakukan tugas rondaan dan dalam perjalanan menghala Jalan Sungai Dua melalui Jalan Sungai Lokan.
"Berdasarkan rakaman video tular itu juga jelas menunjukkan mangsa telah memotong anggota URB sebelum merempuh sebuah lagi motosikal," katanya menerusi kenyataan di sini pada Ahad.
Mohd Radzi berkata, anggota URB juga telah memberi bantuan kepada kedua-dua mangsa dan membuat kawalan trafik di lokasi kemalangan.
Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian sendiri tanpa usul periksa kebenaran sehingga menimbulkan kegusaran kepada orang lain.
Beliau berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pada Sabtu tular video kemalangan dua motosikal yang didakwa berpunca disebabkan dikejar anggota URB.
Video berdurasi 40 saat itu turut menyebabkan ramai pengguna laman sosial membuat andaian sendiri dan termasuk menyalahkan anggota URB yang terlibat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan
#motosikal
#URB
#Mohd Radzi Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan