awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi berita tular guru meninggal dunia lepas ambil vaksin COVID-19

Bernama
Bernama
05/04/2021
04:32 MYT
Polis nafi berita tular guru meninggal dunia lepas ambil vaksin COVID-19
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai wanita berusia 54 tahun yang merupakan seorang guru di Port Dickson meninggal dunia disebabkan pengambilan vaksin. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis hari ini menafikan maklumat tular menerusi media sosial kononnya seorang guru meninggal dunia selepas mengambil suntikan vaksin COVID-19.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed menjelaskan wanita itu mengalami sawan semasa berada di rumah dan dikejarkan ke Hospital Port Dickson pada 1 April untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada hari berikutnya.
"Berita tular ini tidak benar dan pihak polis menafikan punca kematian mangsa disebabkan oleh pengambilan vaksin pada 30 Mac lepas.
"Ini kerana siasatan awal pihak hospital mendapati mangsa yang meninggal dunia mempunyai rekod rawatan penyakit kronik iaitu sakit kencing manis, jantung dan darah tinggi sejak setahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai wanita berusia 54 tahun yang merupakan seorang guru di Port Dickson meninggal dunia disebabkan pengambilan vaksin.
BACA: Vaksin: Anggota polis yang kononnya meninggal dunia, tidak alami gejala semasa disuntik
Aidi Sham menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan berita tidak benar yang boleh mengelirukan masyarakat, dan tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#meninggal dunia
#guru meninggal dunia
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan