SHAH ALAM: Polis menafikan kenyataan dibuat dalam sebuah video tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok mendakwa ketua balai di sini sebagai korup.
Video berdurasi 35 saat berkenaan memaparkan seorang pegawai polis menerangkan kepada penyewa sebuah rumah bahawa pemilik kediaman tersebut memintanya untuk mengosongkan premis terbabit.
Di dalam video tersebut, pemilik akaun TikTok berkenaan turut memuat naik kapsyen 'polis corrupt sekarang masuk line property, hati-hati kalau nak sewa rumah, dan 'lewat bayar rent sebulan, hebat kan owner send polis beruniform'.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pemilik kediaman berkenaan membuat laporan selepas suspek enggan mengosongkan premis walaupun sudah diberi notis dua bulan.
"Suspek sudah tinggal selama dua bulan di rumah tersebut tanpa membuat sebarang bayaran dan polis hadir untuk menasihat suspek bukan memberi amaran.
"Suspek didapati enggan keluar daripada rumah yang pengadu benarkan menghuni secara ihsan, sedangkan notis telah diberikan selama dua bulan untuk suspek berbuat demikian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, suspek yang sudah mengosongkan kediaman tersebut sedang dikesan pihak polis untuk siasatan lanjut.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor, Hazimah di talian 03- 55202222," ujarnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Feb 27 2022
Polis menafikan kenyataan dibuat dalam sebuah video tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok mendakwa ketua balai di sini sebagai korup.
AWANI Tonight: Police investigating whether recent attacks are connected
Police are investigating several attacks targeting important national institutions to determine whether they were random acts or part of a coordinated plan, says Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
AWANI Tonight: Five days’ mourning in Iran after President killed in helicopter crash
Iran has declared five days of public mourning for President Ebrahim Raisi after he and other officials died in a helicopter crash in a mountainous area in the north-west of the country.
AWANI Ringkas: Ugut Teresa Kok, polis rakam keterangan dua saksi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Unjuran siling kemasukan pekerja asing tidak lebih 15 peratus akan dicapai hujung tahun
Unjuran siling kemasukan pekerja asing iaitu tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara seperti yang ditetapkan Kementerian Ekonomi akan dapat dicapai sebelum 31 Dis tahun ini.
Kerajaan setuju perluas skim keilatan kepada pekerja warga asing
Kerajaan bersetuju memperluaskan skim keilatan kepada pekerja warga asing yang bekerja di negara ini, bagi memastikan kebajikan golongan itu turut dilindungi.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia.
Cuba elak sekatan polis, dua maut akibat motosikal bertembung
Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung ketika cuba melarikan diri dari sekatan Operasi Samseng Jalanan.
Jasad Presiden Ebrahim Raisi dan mangsa lain dibawa ke Tabriz
Operasi mencari dan menyelamat berskala besar berakhir apabila jenazah dihantar ke sebuah lokasi di wilayah Azerbaijan Timur.
[KRONOLOGI] Ebrahim Raisi Maut Helikopter Terhempas
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Ebrahim Raisi maut helikopter terhempas.
Presiden baharu Taiwan gesa China hentikan intimidasi
Lai Ching-Te selesai mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Taiwan pada Isnin dan berikrar mengekalkan dasar luar terhadap China.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong pada Selasa.
15 ditahan kes masak mi segera di stesen minyak di Genting Highlands
Polis menahan 15 individu berkaitan kes tular yang dipercayai melakukan aktiviti memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.
Biadab, pijak al-Quran bersumpah tidak curang
Dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.
Perlu dapat kebenaran sebelum lepas spesies ikan dalam sungai
Individu atau kumpulan yang berhasrat melepaskan mana-mana spesies ikan air tawar ke perairan umum perlu mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Klip pergaduhan pemain aksi Piala Belia 2024 tular
Isu keganasan sekali lagi mencemarkan imej bola sepak tempatan selepas tular klip video pergaduhan pemain yang dipercayai berlaku ketika perlawanan Kumpulan A saingan Piala Belia 2024.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Tular kes seludup di Forest City, kastam sahkan video lama
Jabatan Kastam menafikan berlaku aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City seperti video tular di media sosial.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.