awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi halang individu tak lengkap vaksin masuk pusat beli-belah

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
20/08/2021
02:28 MYT
Polis nafi halang individu tak lengkap vaksin masuk pusat beli-belah
Polis menasihatkan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan perkara tersebut kerana bimbang ia boleh mewujudkan kegusaran awam.
KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan anggotanya terlibat menghalang individu yang tidak lengkap vaksinasi daripada memasuki sebuah pusat beli-belah di Jalan Maarof, Bangsar, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Basri Sagoni berkata, polis bantuan yang ditugaskan membuat kawalan keselamatan di lokasi itu sudah menjelaskan dan menafikan pembabitan anggota polis dalam insiden berkenaan.
“Siasatan awal mendapati ada kemungkinan pelanggan terbabit tersilap membuat tafsiran terhadap penjelasan polis bantuan itu berkaitan perubahan prosedur operasi standard diumumkan kerajaan.
"Kami terkesan dengan satu kenyataan dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa polis menyekat masuk individu tidak lengkap dua dos vaksin, atau tidak cukup tempoh 14 hari selepas vaksin dos kedua, ke dalam premis perniagaan,” katanya.
Kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah pada tarikh dan masa yang tidak dapat dipastikan, kata Basri dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengingatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu kerana dikhuatiri mewujudkan kegusaran awam.
Sumber Facebook pdrmsiaofficial
Topic Berkaitan
#polis bantuan
#pusat beli belah
#polis
#kegusaran
#orang awam
#Peraturan
#Basri Sagoni
#Brickfields
#Jalan Maarof
#halang masuk
#sekat
#Tular
#dos kedua
#media sosial
#SOP
#vaksin
#tersilap membuat tafsiran
#Premis perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan