awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi kejadian kedai jual mercun meletup di Alor Setar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/04/2023
00:20 MYT
Polis nafi kejadian kedai jual mercun meletup di Alor Setar
Video dalam aplikasi TikTok penama Oh Bulan yang menularkan kejadian kedai menjual mercun meletup berhadapan sebuah kedai menjual telefon pintar.
ALOR SETAR: Polis menafikan kejadian sebuah kedai menjaul mercun meletup dan terbakar di Alor Setar seperti yang tular dalam media sosial pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 11.30 malam tadi.
“Polis telah menerima laporan mengenai video dalam aplikasi TikTok penama Oh Bulan yang menularkan kejadian kedai menjual mercun meletup berhadapan sebuah kedai menjual telefon pintar di bandaraya ini.
“Selepas disiasat mendapati kejadian itu tidak berlaku di kawasan Alor Setar, sebaliknya berlaku di kawasan pentadbiran Balai Bahau, Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, 233 Akta Komunikasi Multimedia yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya atau denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Sehubungan itu beliau, menasihati orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya memviralkan isu berita palsu yang akan menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam.
Topic Berkaitan
#kedai jual mercun
#letupan
#kebakaran
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan