Polis hari ini menafikan laporan berita yang tular di media sosial mengenai pelancong wanita dirogol atau dicabul oleh pemandu pelancong di Pulau Perhentian dan Pulau Redang di sini.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pelancong wanita tempatan atau asing yang berkunjung ke Pulau Perhentian berkaitan dakwaan tersebut.
"Hanya ada satu sahaja kes seorang wanita Iban yang mendakwa dia dirogol oleh pemandu bot di Pulau Perhentian, itu pun pada tahun lepas.
"Namun setelah disiasat, dakwaan itu tidak benar kerana wanita itu tidak dapat memberikan bukti kukuh," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai khususnya pelancong wanita yang ingin ke Pulau Perhentian agar tidak risau dan khuatir.
Sebuah portal 'Oh Bulan' hari ini memetik satu pendedahan oleh seorang wanita bernama 'Cheryl Wong' yang mendakwa pelancong wanita asing yang berpakaian seksi sering diambil kesempatan dan menjadi mangsa tipu daya pemandu pelancong tempatan.
Cheryl mendakwa pelancong wanita ini menjadi khayal lalu dirogol oleh pemandu pelancong berkenaan selepas membantu menyapu losyen pelindung dari sinar matahari di badan mangsa atau selepas mengambil minuman diberi pemandu pelancong berkenaan.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menafikan kejadian sebegitu berlaku di pulau peranginan itu.
"Pada saya sekiranya berlaku unsur seperti yang disebutkan itu, semestinya laporan polis telah dibuat," katanya.
Katanya, pihak polis perlu menyiasat segera penulis sebenar laporan berita itu kerana dakwaan sedemikian boleh menjejas kemeriahan Tahun Melawat Terengganu 2017 (TMT 2017) yang sedang berlangsung.
Seorang pekerja sebuah resort di pulau berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful berkata, sejak mula bekerja di situ enam bulan lalu belum ada cerita mengenai pelancong dirogol.
Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman berkata beliau akan menyiasat dakwaan tersebut.
"Tuduhan ini tidak boleh sewenang-wenangnya dilemparkan kepada pemandu pelancongan kerana kebanyakan mereka merupakan penduduk tempatan.
"Mustahil untuk mereka melakukan kegiatan yang boleh menutup periuk nasi mereka sendiri," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamantan dan Kesejahteraan Kampung Pulau Redang, Roki Ami berkata dakwaan 'Cheryl' itu mungkin satu tindak balas kerana kecewa tidak mendapat layanan dikehendaki daripada seseorang di pulau berkenaan.
"Saya juga anggap ia sabotaj kepada industri pelancongan di Pulau Redang yang saban tahun meriah dikunjungi pelawat tempatan dan asing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2017
Tiada laporan polis diterima mengenai dakwaan pelancong wanita dirogol di Pulau Perhentian dan Pulau Redang. - Gambar fail
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Penjaga rumah anak yatim ditahan kes rogol penghuni
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol remaja perempuan berusia 17 tahun di rumah jagaan anak yatim swasta di sini baru-baru ini.
Polis tahan empat remaja lelaki rogol kanak-kanak 11 tahun
Empat suspek berusia antara 14 hingga 17 tahun itu ditahan antara 3 petang hingga 10 malam selepas mangsa membuat laporan polis.
JKM kesan ahli keluarga lain mangsa rogol, pukul bapa sendiri
JKM sedang mengesan ahli keluarga yang lain bagi mangsa rogol dan pukul bapa kandung di Kendong di Rembau.
Bapa didakwa rogol, amang seksual anak kandung
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol anak kandungnya yang berusia 10 tahun.
Prosedur kendali mangsa rogol perlu ditambah baik - Nancy
Kementerian Kesihatan (KKM) disaran meneliti kebenaran agar mangsa menjalani pemeriksaan di hospital tanpa membuat laporan polis.
Remaja OKU mangsa rogol lahirkan bayi: Polis dapat petunjuk baharu
Pihak polis Kelantan masih menunggu hasil siasatan dan percaya suspek berada di sekitar rumah mangsa.
Kanak-kanak dengan konflik undang-undang harus diberi khidmat guaman percuma - PSCC
Semua kanak-kanak yang menghadapi konflik undang-undang harus diberi khidmat guaman secara percuma.
Ibu, bapa saudara durjana: Remaja jadi hamba seks hampir 3 tahun
Seorang remaja perempuan menanggung derita hampir tiga tahun dipaksa menjadi hamba seks bapa saudaranya atas arahan isteri lelaki itu.
Bapa durjana jadikan anak pemuas nafsu ditahan polis
Suspek berusia 45 tahun ditahan polis pada jam 4.45 petang tadi.
Gadis jadi 'pemuas nafsu' bapa sejak berusia 6 tahun
Penderitaan seorang gadis berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa kandung sendiri sejak 12 tahun lalu akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis.