KUANTAN: Polis Pahang merekodkan 27 kes orang hilang sejak Januari hingga Julai tahun ini, kata Ketua Polis negeri Datuk Seri Yahaya Othman.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes sudah selesai, manakala selebihnya masih dalam siasatan melibatkan beberapa daerah iaitu di Bera, Jerantut, Lipis, Pekan dan Kuantan.
"Kebanyakan individu dilaporkan hilang berjaya ditemukan kembali termasuk kes melibatkan remaja perempuan Nur Aina Faqihah Sharizan,17, yang dijumpai orang ramai di Bandar Triang, Bera kelmarin.
"Sementara itu, 10 lagi belum ditemukan atau kes yang sedang disiasat melibatkan empat kes di Bera, Jerantut (satu), Lipis (tiga), Kuantan (satu) dan Pekan (satu). Ini termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) yang belum dijumpai iaitu Rosdan Mat, 52, dari Kampung Redan dekat Lipis dan dia dipercayai masuk ke hutan berdekatan serta merayau-rayau di sana," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Yahaya berkata pihaknya masih meneruskan siasatan dan berusaha untuk mengesan lelaki OKU itu serta kes ini turut mendapat perhatian Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Mengulas mengenai penemuan Nur Aina Faqihah, beliau berkata polis mengesahkan pelajar tingkatan lima itu tidak diculik tetapi hanya melarikan diri daripada keluarga.
"Nur Aina Faqihah dipercayai menumpang rakan untuk pergi ke daerah lain sebelum dia ditemukan berkeliaran di bandar Triang oleh orang ramai sebelum dibawa ke balai polis.
"Pemeriksaan kesihatan mendapati dia dalam keadaan baik, cuma agak trauma dan kita memerlukan sedikit masa untuk mengambil keterangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
Polis Pahang menyelesaikan 17 kes, manakala selebihnya masih dalam siasatan melibatkan beberapa daerah iaitu di Bera, Jerantut, Lipis, Pekan dan Kuantan. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Wanita rugi lebih RM260,000 angkara 'Love Scam'
Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket 'Love Scam' menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Guru rugi lebih RM160,000 terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon
Seorang guru wanita kerugian lebih RM160,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon, bulan lepas.
Guru rugi lebih RM130,000 terperdaya skim pelaburan, pinjaman tidak wujud
Seorang guru wanita kerugian lebih RM130,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan dan pinjaman tidak wujud menerusi media sosial.
Polis kesan ahli bersekutu sebuah pertubuhan guna Datuk palsu
Polis sedang berusaha mengesan seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan kerana dipercayai menggunakan gelaran Datuk palsu dari negeri Pahang.
Polis Pahang rekod 45 kes guru jadi mangsa penipuan babitkan kerugian RM1.2 juta
Polis Pahang merekodkan 45 kes guru yang menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian berjumlah RM1.2 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Pegawai bank rugi lebih RM200,000 angkara 'phone scam'
Seorang pegawai bank kerugian RM260,400 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon.
Polis Pahang rekod 27 kes orang hilang sejak Januari
Polis Pahang merekodkan 27 kes orang hilang sejak Januari hingga Julai tahun ini, kata Ketua Polis negeri Datuk Seri Yahaya Othman.
Polis rampas lebih 21 kg syabu, mekanik diberkas
Polis berkata suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk membeli dadah semasa ditahan dalam operasi kira-kira pukul 12.20 tengah hari.
Jumlah kerugian dalam kes-kes jenayah komersial di Pahang Jan-Jun meningkat berbanding tahun lepas
Jumlah kerugian dilihat meningkat daripada RM22.1 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun lepas kepada RM53.9 juta tempoh sama tahun ini.
Polis Pahang laksana Latihan Tembak Taktikal, perkasa keselamatan balai
Noor Hisam berkata, latihan yang dilaksanakan mengikut zon bermula 6 Jun hingga 12 Julai itu susulan beberapa insiden sebelum ini.