awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
'Green lab' bakal disediakan di sekolah rendah di Alor Gajah
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Perak 'jaga' plaza tol, jangan ingat boleh rentas negeri - Mior Faridalathrash

Bernama
Bernama
07/05/2021
02:52 MYT
Polis Perak 'jaga' plaza tol, jangan ingat boleh rentas negeri - Mior Faridalathrash
MIOR FARIDALATHRASH: Akan ada pemeriksaan (oleh beberapa anggota di plaza tol), tetapi tidak kepada semua kenderaan. -Gambar fail
IPOH: Mana-mana pengguna lebuh raya yang didapati mempunyai kadar bayaran tol tidak munasabah dan tinggi akan dikenakan kompaun selain diarah berpatah balik ekoran kesalahan rentas negeri, kata Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Beliau berkata ini antara strategi digunakan pihaknya dalam membanteras pergerakan rentas negeri khasnya sewaktu musim perayaan selain usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 ke negeri ini.
"Akan ada pemeriksaan (oleh beberapa anggota di plaza tol), tetapi tidak kepada semua kenderaan.
"Kalau kita buat terlalu ketat seperti pemeriksaan semua kenderaan, akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
"Kita mungkin tengok pada kadar bayaran tol.
"Contohnya bila bacaan tol itu tinggi seperti dari Jalan Duta, kita akan hentikan kenderaan tersebut untuk tindakan kompaun dan arah pengguna berpatah balik kecuali mereka yang ada surat pelepasan.
"Ini satu daripada strategi.
"Kadang-kadang ada yang pandai keluar tol itu ini untuk elak dikesan rentas negeri. Mereka ada pelbagai taktik.
"Kita tidak mampu periksa semua pengguna jalan raya. Berilah kerjasama kepada pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri perhimpunan bulanan bersama Ketua Polis Perak di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara hari ini.
Topic Berkaitan
#bayaran tol tidak munasabah
#rentas negeri
#plaza tol
#Mior Faridalathrash Wahid
#pemeriksaan kenderaan
#COVID-19
#pandemik
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan