awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis perlu siasat kehilangan Morais dengan rapi - Keluarga

Astro Awani
Astro Awani
10/09/2015
08:01 MYT
Polis perlu siasat kehilangan Morais dengan rapi - Keluarga
Anthony Kevin Morais dilaporkan hilang pada Jumaat. - Gambar Fail
Abang bekas Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Anthony Kevin Morais berkata keluarganya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat kehilangan adiknya, baru-baru ini.
Datuk Richard Morais dalam satu temuramah dengan The Malaysian Insider pada Khamis dipetik sebagai berkata, keluarganya percaya polis akan membuat siasatan rapi berhubung kehilangan adiknya itu.
Richard bagaimanapun, berkata, setakat ini, beliau masih belum dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan itu oleh pihak polis.
"Saya percaya polis akan memberikan maklumat terkini mengenai kehilangan beliau," katanya.
Kevin dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan pada Isnin lalu, polis telah menubuhkan sebuah pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad sendiri.
Morais dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, di sini pada Jumaat lalu untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
Beliau juga dilaporkan memandu Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata setakat jam 12.30 tengah hari Rabu, tiada laporan diterima daripada ibu pejabat polis daerah Klang mengenai penemuan mayat Morais.
Topic Berkaitan
#Anthony Kevin Morais
#Richard Morais
#The Malaysian Insider
#Zainuddin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan