awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas di Texas, lima maut, seorang hilang
Gangguan sistem penerbangan global jejas daftar masuk, naik pesawat di lapangan terbang Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Pulau Pinang buat operasi di BORR, 'mat rempit' kena tolak motosikal lagi

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
12/08/2024
08:00 MYT
Polis Pulau Pinang buat operasi di BORR, 'mat rempit' kena tolak motosikal lagi
Antara 'mat rempit' yang ditahan dalam operasi polis di BORR malam tadi.
BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang menyita 48 motosikal dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Butterworth dalam usaha menggempur 'mat rempit' dan samseng jalanan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, dalam operasi bermula pada jam 5 petang Ahad sehingga tengah malam itu, sebanyak 67 motosikal telah diperiksa sebelum pihaknya menyita 48 motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Dalam pada itu, sebanyak 195 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Katanya, operasi tersebut melibatkan 34 anggota dan pegawai kanan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPDT) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) serta Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) negeri.
Dalam pada itu, Hamzah menasihatkan pengguna khususnya golongan remaja agar tidak terlibat dalam lumba haram atau sebarang aktiviti samseng jalanan yang mengancam nyawa sendiri dan orang lain.
“ Pihak polis komited membanteras aktiviti samseng jalanan bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya,” katanya.
Topic Berkaitan
#mat rempit
#samseng jalanan
#pulau pinang
#BORR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan