awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam keterangan pemandu kereta kes langgar lari

Sinar Harian
Sinar Harian
08/09/2021
22:25 MYT
Polis rakam keterangan pemandu kereta kes langgar lari
Rakaman insiden kemalangan tular di media sosial. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis merakam keterangan seorang lelaki dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes kemalangan jalan raya melibatkan penunggang basikal yang dilanggar lari oleh sebuah kereta di Jalan Kinabalu di sini, pada Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya telah menghubungi pemandu kereta berusia 22 tahun itu.
"Dia telah hadir ke Balai Trafik Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang, kemudian dibebaskan selepas keterangan diambil.
"Keretanya ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sarifudin berkata, siasatan awal terhadap video tular yang berdurasi satu minit itu mendapati penunggang basikal tersebut dari arah Cheras menghala ke Jalan Kuching pada jam 7.15 pagi.
"Sampai di tempat kejadian, penunggang basikal dilanggar oleh sebuah kereta berwarna merah dari arah belakang dan kenderaan tersebut meneruskan perjalanan tanpa berhenti di tempat kejadian.
"Mangsa berusia 33 tahun yang bertugas sebagai kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengalami cedera ringan dan telah membuat laporan polis," katanya.
Sarifudin berkata, kes diklasifikasikan di bawah Rule 10 LN 166/59.
"Oang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan
#langgar lari
#penunggang basikal
#Jalan Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan