awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam keterangan Siti Mastura esok

Sinar Harian
Sinar Harian
13/11/2023
11:15 MYT
Polis rakam keterangan Siti Mastura esok
Polis akan merakam keterangan Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, esok. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tarikh rakaman keterangan Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng telah diubah pada Selasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis akan merakam keterangan Siti Mastura pada jam 11 pagi Selasa di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman.
"Sebanyak enam laporan telah diterima berkaitan kes itu sehingga jam 10 pagi tadi, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, proses rakam keterangan ke atas Siti Mastura dijadualkan pada Isnin.
Pada 10 November lalu, media melaporkan Guan Eng memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura kerana mendakwa beliau memiliki hubungan keluarga dengan pemimpin komunis Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, dan Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew.
Guan Eng memberi masa dua hari (hingga Khamis lalu) untuk Siti Mastura mengemukakan bukti berkenaan dakwaan itu, selepas tempoh 48 jam diberikan, beliau memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen itu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tarikh rakaman keterangan
#Ahli Parlimen Kepala Batas
#Lim Guan Eng
#Razarudin Husain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan