awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam keterangan suspek kes buli, dera pegawai kadet UPNM

Bernama
Bernama
02/11/2024
08:19 MYT
Polis rakam keterangan suspek kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata polis juga akan merakam percakapan rakan sebilik mangsa petang ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis telah merakamkan keterangan suspek yang disyaki terlibat dalam kes buli dan dera seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), pagi ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata polis juga akan merakam percakapan rakan sebilik mangsa petang ini.
"Tiada tangkapan oleh polis berkaitan kes berkenaan setakat ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, Bernama melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan terhadap kes berkenaan telah dimulakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas mangsa berusia 20 tahun membuat laporan kira-kira 8.20 malam tadi.
Kejadian dipercayai berlaku pada 11.45 malam 22 Okt lepas, di bilik asrama UPNM selepas suspek berusia 22 tahun yang juga penuntut tahun empat UPNM meminta mangsa menggosok baju kerja miliknya dan tiba-tiba mengambil seterika dipegang mangsa sebelum menekap di bahagian dada sebelah kanannya sebanyak satu kali.
Tindakan penuntut senior itu menyebabkan mangsa terkejut dan menjerit serta menyebabkan kecederaan melecur dan ketika kejadian beberapa penuntut senior dikatakan turut berada di dalam bilik berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UPNM
#suspek buli
#dirakam keterangan
#Rusdi Mohd Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan