awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam percakapan tujuh saksi berhubung nota ugutan kepada Nga Kor Ming

Bernama
Bernama
08/03/2024
08:08 MYT
Polis rakam percakapan tujuh saksi berhubung nota ugutan kepada Nga Kor Ming
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga 2 tahun, atau denda, atau kedua-duanya.
IPOH: Polis telah merakam percakapan tujuh orang saksi setakat ini berhubung kes penemuan beberapa nota berbaur ugutan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang diletakkan di hadapan rumah ibunya di Ayer Tawar, Manjung semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata rakaman percakapan kesemua saksi itu dibuat bagi membantu usaha mengesan suspek, bagaimanapun setakat ini suspek masih belum dikenal pasti.
"Masih belum lagi ada sebarang tangkapan atau kenal pasti suspek," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Semalam, Mohamed Nordin dalam kenyataan berkata pihaknya menerima laporan mengenai nota ugutan itu daripada ibu Nga kira-kira pukul 10.15 pagi, selepas wanita berumur 76 tahun itu menemukan banyak kertas bertaburan di hadapan rumahnya yang memaparkan tulisan perkataan berbaur ugutan, pada kira-kira pukul 7.30 pagi.
Mohamed Nordin berkata kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan meminta mereka yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Fariq Nazmi Mohd Mustafa dengan menelefon 013-3317099 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nga Kor Ming terima ugutan
#7 orang saksi dirakam percakapan
#Mohamed Nordin
#Seksyen 507 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan