KUALA TERENGGANU: Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut dekat sini, pada Rabu lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata dalam operasi pada 9 hingga 12 malam, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 19 dan 31 tahun dipercayai daripada sindiket sama kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran bahan terlarang itu.
"Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu telah melancarkan dua serbuan di lokasi sama iaitu di tepi jalan Kampung Kubang Depu, Jerteh.
"Pada serbuan pertama, polis merampas 1,760 gram (g) pil Yaba bernilai RM93,500, manakala pada serbuan kedua sebanyak 5,335g pil sama dirampas berjumlah RM291,500," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mazli berkata hasil operasi itu polis turut merampas sebuah kereta jenis Honda City dan menyita sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR.
"Kesemua dadah dipercayai diperoleh dari negara jiran ini boleh digunakan oleh 58,000 penagih tempatan dan suspek kini direman sehingga 6 Dis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.
Mazli berkata siri tangkapan tersebut menjadikan keseluruhan sebanyak tujuh sindiket pengedaran dadah di negeri itu berjaya dilumpuhkan sejak Januari hingga November tahun ini dengan 18 individu telah ditahan.
Beliau berkata pil Yaba adalah yang tertinggi dirampas pihaknya iaitu sebanyak 16,408g, diikuti ganja (5,000g), syabu (2,451g), dan Eramin 5 (58.89g).
Katanya, sebanyak 1,106 orang telah ditahan bagi kategori bekalan, 2,147 (kategori memiliki) dan 6,041 (kes-kes urin) manakala 964 orang penagih tegar telah dituduh mengikut Seksyen 39C ADB 1952 bagi tempoh sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023
Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, pada Rabu lepas. - Foto Sinar Harian
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Polis rampas ganja dan syabu bernilai RM6.4 juta, tahan tiga lelaki
Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran ganja dan syabu di Lembah Klang serta Sabah berikutan penahanan tiga lelaki membabitkan rampasan dadah bernilai lebih RM6.4 juta pada 6 dan 7 Nov lepas.
Polis rampas lebih 21 kg syabu, mekanik diberkas
Polis berkata suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk membeli dadah semasa ditahan dalam operasi kira-kira pukul 12.20 tengah hari.
Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba
Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, pada Rabu lepas.
Polis rampas rokok seludup, lori bernilai RM1.2 juta
Polis merampas 3,800 karton rokok selepas memeriksa sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Kampung Pachakan, Kuala Besut, pada Ahad lepas.
1.4 tan sisik tenggiling dirampas di Thailand
Dua suspek lelaki berusia 34 dan 50 tahun ditahan dalam operasi bersama pada 8.30 malam (waktu tempatan) Rabu.
Ibu meninggal dunia selepas tangki oksigen dirampas polis India untuk diberi kepada 'VIP'
Video remaja itu yang melutut dan menangis merayu kepada anggota polis berkenaan agar mengembalikan semula tangki oksigen ibunya tular di media sosial.
Polis tahan wanita beranak empat, dadah bernilai RM27,800 dirampas
Polis menahan ibu beranak empat bersama teman lelakinya dan merampas 1,020 pil kuda dan 50 gram syabu bernilai RM27,800.