awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Sabah pandang serius dakwaan waris Sulu rekrut rakyat di Lahad Datu

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
28/07/2022
09:26 MYT
Polis Sabah pandang serius dakwaan waris Sulu rekrut rakyat di Lahad Datu
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertegas dan memandang serius isu yang tular berhubung dakwaan waris Sulu sedang aktif merekrut rakyat di daerah Lahad Datu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah.
KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertegas dan memandang serius isu yang tular berhubung dakwaan waris Sulu sedang aktif merekrut rakyat di daerah Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, dakwaan berkenaan tular di media sosial sejak akhir-akhir ini.
Bagaimanapun, katanya, hasil siasatan dan risikan polis mengesahkan tidak wujud sebarang kumpulan yang merekrut rakyat warga Filipina berketurunan Sulu di Sabah.
“Polis Sabah sedang menjalankan siasatan berkaitan satu kumpulan yang mengeluarkan dokumen diri Sulu Sultaniah Darul Islam (SSDI) dengan mengenakan bayaran tertentu.
“Kumpulan ini adalah tindakan orang perseorangan yang mengambil kesempatan atas tujuan keuntungan peribadi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu, Idris berkata, PDRM Sabah meminta mana-mana pihak atau individu agar tidak menyebarkan sebarang berita atau maklumat yang tidak sahih.
Hal ini, tegas beliau, dibimbangi boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang awam di negeri ini.
Terdahulu, Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendakwa terdapat kegiatan aktif yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk merekrut warga tempatan di Lahad Datu dengan memberikan dokumen pengenalan diri yang dipercayai bagi Kesultanan Sulu.
Menurut Setiausaha MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, sukarelawan MHO di Sabah dimaklumkan berhubung perkara berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp.
"Gerakan berkenaan memberikan dokumen-dokumen pengenalan diri yang dipercayai bagi Kesultanan Sulu dan juga perakuan taat setia individu-individu penduduk Sabah kepada Kesultanan Sulu.
"Hantaran WhatsApp itu turut mengandungi gambar-gambar yang berbentuk seakan dokumen identiti diri bagi Kesultanan Sulu dan juga perakuan taat setia individu-individu penduduk Sabah kepada Kesultanan Sulu," kata beliau.
Topic Berkaitan
#waris Sulu
#rekrut rakyat
#Lahad Datu
#PDRM Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan