awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Sabah sahkan tangkapan lapan pegawai, anggota PDRM

Sinar Harian
Sinar Harian
28/01/2023
03:20 MYT
Polis Sabah sahkan tangkapan lapan pegawai, anggota PDRM
Polis Sabah mengesahkan lapan pegawai dan anggotanya ditahan dipercayai boleh membantu siasatan berkaitan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Tawau. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Idris)
KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan lapan pegawai dan anggotanya ditahan dipercayai boleh membantu siasatan berkaitan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Tawau.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, lapan yang ditahan itu terdiri daripada empat pegawai kanan dan empat lagi pegawai rendah polis.
"Kesemua tangkapan direman berkuat kuasa selama tujuh hari. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan Pasukan siasatan Khas dari Bukit Aman dan PDRM tidak membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini kerana ia masih terlalu awal dan dibimbangi boleh mengganggu siasatan.
"Pihak media juga dipohon agar tidak membuat sebarang spekulasi mengaitkan tentang isu keselamatan dan kes ini lebih bersifat peribadi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya lagi, kes masih dalam peringkat siasatan ketika ini.
"Sidang media lanjut akan dibuat setelah siasatan dilengkapkan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PDRM
#Idris Abdullah
#reman
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan